Thursday, July 7, 2011

Sijil SPM Tak tahu atau tak ambil tahu?

Sebenarnya saya tak tahu SPM rupa-rupanya ada Sijil rasmi.. selama ni yakin je slip warna putih tu untuk daftar Universiti semasa ambil Ijazah, (dulu masuk U pakai keputusan trial plak tu)

Contoh Slip SPM
Sebab apa baru sekarang nak carik Sijil SPM? Ni disebabkan atas urusan nak sambung blajar lah ni, kene ada Sijil SPM salinan yang telah disahkan plak tu. Nasib baik lah  En Mohd Hakimi, bahagian pendaftaran bersabar dengan saya yang banyak songeh nih. Macam - macam persoalan diutarakan, tembak sana sini, masuk U Ijazah takde pun nak pakai Sijil SPM ni.. (result mantap kot hehe) En Mohd Hakimi terpaksa lah terima slip tu sementara saya berusaha carik mana lah nak carik Sijil SPM..

Mula2 saya telefon lah kat sekolah, kerani yang jawab terkejut siap tanya asal tak ambik? Last2 dia semak," Älamak encik sijil dah dipulangkan ke Pejabat Pelajaran Negeri". Terpaksa la plak telefon esok pagi pasal dah tutup pejabat. Keesokannya plak semak melalui telefon "alamak encik kita dah lupuskan fail melebihi 7 tahun", Alamak alamak alamak Ah sudah camana ni mngelabah la plak.. Nasib baiklah internet UNIFI kat rumah laju, google la skejap, rupa2nya sijil SPM boleh dikeluarkan sekali lagi sekiranya sijil tersebut tidak dituntut  ketika disekolah atau telah dilupus dan sijil hilang dengan membuat permohonan di Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan.

  • Sijil (SPM/MCE) atau pernyataan asal (PMR/SRP/LCE) hanya dicetak sekali sahaja bagi peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.  Salinan keputusan SPM / MCE dikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.  Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
  • Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.  Walau bagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri.  Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
  • Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:  
    • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
    • Nombor kad pengenalan lama dan baru
    • Tarikh lahir
    • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliran
    • Nama peperiksaan
    • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
  • Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan. 
  • Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
  • Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar.  Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
> Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 0388843526 / 0388843528
aadus susah jugak carik mana Blok E11 ni, so kawan2 blok dia nuun kat blakang sana bukan area depan2 ye. Sampai2 je parking very limited, siap pakcik guard mintak duit kopi kalau nak parking kat depan.. fuuh.. proses utk permohonan 1 bulan? takde lah tak sampai pun 1 jam dah dapat. :) 


Alhamdulillah dapat la sijil SPM ni
Terima kasih kepada kerajaan atas layanan pelanggan / customer service 5 star!

6 comments:

  1. sorry nak tau brape trahun baru awak ambil sijil nie... sy pown kene cam awak gak nie.. ngah pening ni xtau na buat cam ne?

    ReplyDelete
  2. owh,...kalau kite pergi sendiri tak perlu surat sumpah atau surat polis yer ?? nak double confirm ajer.

    coz tanya dieorg ni (bahagian pendidikan ) jawab mcm acuh tak acuh..sakittt hatii..dah lah gaji naik 13%..(untung aku tak complaint )

    ReplyDelete
  3. Assalam Shariman, kalau sijil spm kita masih boleh dituntut di sokolah tapi bolehke masih juga nak mintak salinan sijil dari Lembaga Peperiksaan Blok E11? Alasan ni sebab sekolah jauh dan urusan pon time working days aje..susah ambil cuti pulak...haih

    ReplyDelete
  4. habis kalu salinan pmr takde..angka giliran tak ingat..nak wat cm ne???please2 help me..hehe..

    ReplyDelete
  5. Hai.. yg salinan sijil (SPM&PMR) tu sama dgn asal pnya tak?

    ReplyDelete
  6. Salam..nk tnye kalau melalui pos pon boleh kan untuk dpatkan sijil SPM ni?

    ReplyDelete