Showing posts with label Bersih. Show all posts
Showing posts with label Bersih. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

KESELAMATAN NEGARA

saya sebagai rakyat malaysia sayangkan negara saya. selamatkan negara daripada benncana maksiat

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM
http:// www.islam.gov.my/e-hadith/menjaga-imej-agama

Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara
Riwayat: Riwayat Anas Kategori: Jenayah


Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya.

Huraian Hadith:

i) Arak yang juga disebut khamar dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286) Kepada semua pembaca blog ini, mohon maafkan segala salah silap saya dan isteri dan kedua ibu bapa saya. Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil, Masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu X3, Jauhilah mereka dari api nerakaMu X3, temukanlah mereka di dalam syurga FirdausMu, muliakanlah mereka, bahagiakanlah mereka dan YaAllah, tempatkanlah mereka di tempat yang paling mulia disisiMu.

Friday, July 8, 2011

Saya di new york?

Rasa seperti menetap di new york la plak siren sana sini, hari ni sepanjang saya memandu dari kl hingga ke shah alam kereta polis, sekatan jalan raya fuuh banyak betul. Tadi di lebuhraya nampak sebuah exora silver di bonet belakang ada sepanduk kecil dan besar terpampang BERSIH, mungkin BERSIH 2.0? atau mamat cleaner kot.

Yang penting hari esok takda lah sampai darurat, ternampak makcik2 di carrefour beli beras byk, terus member ckp mak ayah dia pun semalam beli untuk simpanan takut2 darurat. Masuk sejarah negara nanti. Sambil2 memandu tetiba terima email dari seorang sahabat lama zulfadli aizad, alo bro thanks la for the email, pasal senarai jalan yang akan ditutup tengah malam nanti, yg hairannya subang jaya pun tutup? Adui.. Nah senarai jalan yang akan ditutup


Road closure on Friday night onwards..these are the affected area, all routes heading to these place will be close starting tonight:

- Lebuh Ampang
- KLCC
- Bank Negara
- Dataran Merdeka
- Sogo
- Chow Kit
- Menara Sultan Ismail
- Masjid Negara
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Ipoh
- Sentul
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan P.Ramlee
- Jalan Bandar
- Subang Jaya ( Near Segi )
- Sunway Pyramid and Subang Parade
- The Federal Highway
- LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
- The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan
THE following routes are affected in relation to the Bersih 2.0 rally scheduled for Saturday.
Road closures and diversions around Kuala Lumpur

Direction / Closure routes
Seremban to Kuala Lumpur / Jalan Istana Baru
Jalan Sungai Besi / Sungai Besi roundabout (Seremban to KL)
Sungai Besi roundabout
Jalan Sungai Besi / Pudu roundabout
Pudu roundabout / Jalan Pudu
Pudu roundabout / Jalan Pasar
Jalan Kajang / Sungai Besi roundabout
Jalan Chan Sow Lin / Jalan Tun Razak
Jalan Cochrane / Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
Jalan Tun Razak / Ezora Condominiums
Ezora Condominiums / Jalan Sultan Ismail Imbi turnoff
Kampung Pandan roundabout
Jalan Selatan
Jalan Tun Razak turnoff / Jalan Bukit Bintang
Tun Razak traffic lights / Jalan Bukit Bintang
Jalan Kampung Pandan / Flyover to PD92
Jalan Tun Razak / Jalan Kia Peng
Jalan Tun Razak / Jalan Eaton
Jalan Tun Razak / Persiaran Stonor
Jalan Tun Razak / Lorong Kuda
Jalan Tun Razak / Jalan Ampang turnoff (Esso)
Jalan Tun Razak / Jalan Ampang
Jalan Tun Razak / Megan Phileo
Jalan Tun Razak / Jalan Yap Kwan Seng
Jalan Tun Razak / KLCC tunnel
Jalan Tun Razak / Perkeso building
Jalan Tun Razak / Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Jalan Tun Razak / National Heart Institute parking
Jalan Tun Razak / National Heart Institute new building
Jalan Tun Razak / Kuala Lumpur Hospital field
Tun Razak turnoff / Jalan Pahang roundabout
Jalan Pahang roundabout
Jalan Genting-Klang / Jalan Pahang roundabout tunnel
Jalan Pekeliling / Pekeliling bus station
Pekeliling turnoff / Jalan Ipoh
Jalan Ipoh / Jalan Rahmat
Jalan Tun Razak / Jalan Tun Ismail
Jalan Tun Razak / Jalan Kuching turnoff
Jalan Tun Razak / PWTC turnoff (Maxwell school)
Jalan Tun Ismail / Jalan Kuching exit
Jalan Tun Ismail / Jalan Putra
Jalan Putra / Jalan Raja Laut
Jalan Pahang / Jalan Raja Muda Abdul Aziz / Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Mahameru / Parliament turnoff
Jalan Duta / Jalan Parlimen turnoff
Jalan Mahameru / Parliament turnoff
Jalan Mahameru / Wisma Tani turnoff
Wisma Tani overhead bridge
Jalan Mahameru / Carcosa Seri Negara exit
Jalan Damansara turnoff / Jalan Travers
Jalan Bangsar / Jalan Travers
Jalan Travers / Jalan Damansara (Old Travers station)
Jalan KL Sentral / National Museum
Jalan Klang Lama / Federal Highway
Jalan Klang Lama / Salak Expressway (U-Turn)
Federal Highway / Jalan Syed Putra
Jalan Tun Sambathan / Jalan Sulaiman
Jalan Sulaiman (KTM old station)

Utk makluman esok 9-10 july ada ekspo pendidikan di kl convention center, nak sgt pergi tengok, ye lah kan nak sambung study kene pegi check lah dulu, tengoklah esok camana, mungkin akan ke sana hari ahad nanti.

Ok selamat berhujung minggu dan jaga kebersihan rumah boleh beraktiviti sikit.